Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?
NAJAH | SRINKANDI MALAM
Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu.
Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat
itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia
berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa
aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa
ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi
orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan
pagi dan habisnya pula dalam pukul lima
petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan
sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas
itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu.
Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah
ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak
perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua
tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam
umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya,
apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak
saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum
belajar, dia pasti akan baca satu muka surat
ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun
boleh baca satu muka surat
setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu
bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari
jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif
dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa
tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak
faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih
bahaya, mind setting akan
mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan
terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips
daripada 'salafus soleh' terdahulu.
Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan
solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat
perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah
sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan
ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan
bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta
meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak,
dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi
tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa
berat punggung mahu berhenti study untuk
solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak,
aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita
lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya
berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan
ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah
S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita
akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut
dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar,
tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat
beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang
dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah,
nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang
hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara.
Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud
dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan,
mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di
sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah,
selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di
atas.