Friday, December 23, 2011

RENUNGAN


"Aduh, fail.." .. "Aaaah, rugi, rugi..".. "Gagal lagi.."
Itulah antara keluhan yang sering kita dengar apabila apabila kenyataan yang diharapkan bertukar menjadi malapetaka. Pastinya ketidaksampaian harapan atau ringkasnya gagal, baik dalam apa jua pekerjaan mahupun sebagai pelajar mencetuskan pelbagai perasaan.
Kecewa. Marah. Bengang. Sedih. Putus asa. Paling memeritkan apabila segala wang, kudrat, masa dilaburkan namun keputusannya bukan memihak kepada kita. Semuanya terasa segala pelaburan itu bagaikan sia-sia sahaja.
Namun, apa sebenarnya erti gagal?
Kenapa ada mereka yang mampu bangun dengan gemilangnya walaupun sebelumnya gagal?
Kenapa ramai lagi mereka yang gagal, langsung tidak terbangun selepas kejatuhan mereka?
Kedua-dua golongan ini gagal dan dilanda keperitan yang amat sangat, namun apakah yang membezakan dua golongan ini?
Tuah? Usaha? Kebetulan? Banyak faktor menyumbang kepada kebangkitan semula orang yang hebat daripada kegagalan.
Antara faktor yang terbesar bagi mereka ialah takrifan gagal. Mereka menjadi semakin hebat selepas setiap kegagalan kerana mereka memahami dan melihat makna gagal lebih hebat daripada orang biasa.
Orang biasa mentakrifkan kegagalan sebagai ketidaksampaian hasrat dan impian yang dicitakan.
Hurm, adakah benar?
Namun, pentakrifan gagal oleh orang hebat ternyata berlainan dan lebih hebat. Orang hebat melihat kegagalan sebagai maklum balas tentang perkara yang tidak akan membawa mereka ke arah kehebatan.
Renung sejenak kata-kata Thomas Edison yang gagal 1000 kali dalam mencipta mentol pertama di dunia.
"Saya bukannya gagal 1000 kali, tetapi saya menemui 1000 cara yang tidak akan menghasilkan mentol".
Keputusannya?
Terciptalah mentol lampu pertama di dunia. Jika tidak kerana semangat beliau, mungkin mentol belum tercipta, dan mungkin kita masih menggunakan lampu minyak tanah sehingga sekarang.
Setiap kali ditimpa kegagalan, orang hebat melihatnya sebagai jalan atau tindakan yang tidak akan membawanya mengecapi impiannya. Justeru, mereka tidak akan mengulangi perkara dan tindakan yang sama di masa hadapan. Yang betul diteruskan, yang salah dihindarkan.
Lantaran itu, mereka semakin bijak mengatur langkah mengorak jalan ke arah kejayaan dengan hanya melakukan perkara yang betul dan hebat sahaja. Itulah yang dimaksudkan dengan kegagalan sebagai maklum balas atau "feedback".
Melihat kegagalan daripada sudut pandang positif menjadi nadi utama kebangkitan orang hebat. Biarpun terkesan emosinya, kuasa positif nyata lebih dominan untuk melonjak kembali semangat mereka untuk terus berusaha menggapai impian mereka.
Berbanding orang biasa yang melihat kegagalan sebagai penamat kepada segala usaha mereka selama ini. Merasakan segalanya sudah musnah, mereka seakan takut untuk bangun kembali.
Orang hebat hanya melihat diri mereka sebagai gagal jika mereka memutuskan untuk tidak merealisasikan impian mereka. Apapun terjadi, segalanya dijadikan maklum balas positif, dan tiada apa yang dapat memutuskan mereka dengan impian mereka kecuali diri mereka sendiri dan takdir Allah S.W.T.
Kegagalan di tangan anda. Jika anda putuskan sebagai kegagalan, maka anda memang gagal. Namun, ingatlah, membina impian bukannya mudah.
Rasulullah S.A.W sekalipun memerlukan tempoh bertahun-tahun untuk membuka kembali Kota Mekah biarpun dilanda pelbagai ujian dan kekalahan. Usah pernah putus asa dengan diri sendiri dan rahmat Allah S.W.T. Selamat berjaya dan sukses selalu!
Hustle up and be great!

TAHNIAH

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ASRAMAWAN YANG TELAH MENDAPAT MENDAPAT KEPUTUSAN PMR 2011. SESUNGGUHNYA ANDA TELAH MENCIPTA SATU SEJARAH BUAT DIRI ANDA. SYABAS DAN TERUSKAN USAHA.

Friday, December 16, 2011

SELAMAT DATANG ASRAMAWAN BARU

Perhatian kepada semua asramawan baru sila ambil tindakan yang sewajarnya setelah anda menerima surat dan borang asrama. Berikut adalah tarikh dan masa pendaftaran

TARIKH: 3 JANUARI 2012
MASA: 8.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN MAKAN ASRAMA

Diingatkan kepada semua pelajar untuk memeakai uniform sekolah semasa hari pendaftaran. Sebarang masalah sila rujuk pada pihak sekolah dengan segera.

PENGUMUMAN 2

Sila rujuk pada tab KEPUTUSAN PERMOHONAN ASRAMA 2012 untuk penempatan semula asramawan. Tahniah diucapkan! berikut adalah aturcara pendaftaran pelajar kanan (pelajar asrama lama) 2012

TARIKH: 2 JANUARI 2012
MASA: 3-4 PETANG
TAKLIMAT: 4 PETANG (bersama ibu/bapa/penjaga)
TEMPAT: DEWAN MAKAN ASRAMA
PAKAIAN: T shirt rasmi asrama lengkap

Diingatkan kepada semua asramawan agar menepati masa yang ditetapkan. Kerjasama semua adalah diharapkan untuk kelancaran majlis.

Nota:
Semua pengawas pelapis diminta hadir pada waktu yang sama.

Monday, December 5, 2011

PENGUMUMAN 1

Sila rujuk tab "KEPERLUAN ASRAMA 2012" untuk barang keperluan asramawan tahun 2012. Diingatkan agar semua asramawan menyediakan senarai barang sepeti yang ditetapkan untuk urusan penginapan pada tahun hadapan. Asramawan tidak dibenarkan membawa barang-barang lain selain yang dinyatakan.

Tuesday, November 29, 2011

PERMOHONAN SEMULA ASRAMA

Salam...
Permohonan semula asrama sedang diproses. Keputusan akan diumumkan sebelum 20 Disember 2011.

HATI-HATI KETIKA MENGHARAP

"Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan?"

Pengharapan adalah sesuatu yang dapat memberikan kekuatan.


Walaupun kita berada dalam suatu kesusahan yang sangat berat, pengharapan akan memberikan kesegaran kepada iman untuk sentiasa bertahan.

Kita percaya bahawa masih ada jalan keluar kepada permasalahan.

Kita percaya bahawa pasti ada pertolongan.

Namun, pada siapa harus kita berikan pengharapan tersebut? Adakah pada makhluk seperti kita yang juga tak punya untuk memberi?

Atau pada Tuhan yang sentiasa menanti untuk diseru nama-Nya pagi dan petang? Bahkan Dialah yang memenuhi segala permintaan.

Seringkali kita meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia untuk dipenuhi.

Padahal orang yang kita harapkan tersebut tak berdaya untuk memenuhi harapan dirinya sendiri.

Adalah lebih bahaya kalau orang yang kita harapkan sebenarnya tak pernah mengharap kepada Tuhan sekalian alam.

Dia menggantungkan kepercayaan kepada dirinya semata-mata tanpa sedikitpun merasa terikat dengan ketentuan Allah.

Jika orang sebegini yang kita harapkan, adakah dia akan membawa kita mendekati Tuhan?

Harapan tak tertunai, bahkan iman terungkai-rungkai ikatannya.

"Jangan risau, kalau aku ada, mesti ok punya semua benda."

"Hanya aku seorang yang boleh diharapkan."

Kata-kata sombong apakah itu? Seolah-olah dirinya adalah Tuhan yang menentukan segala keadaan.

Tanpa dia, mungkin keadaan menjadi kurang baik. Namun, dengan dia, adakah keadaan semestinya baik tanpa izin Tuhan?

Jika ada orang yang kita harapkan mengatakan begitu, berhati-hatilah, boleh jadi kita sedang mengharap pada yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan.

Bukan tidak boleh kita percaya diri, meletakkan harapan kepada manusia.

Namun, cukuplah harapan itu setakat yang patut.

Jangan sampai harapan itu melangkaui harapan tertinggi yang seharusnya diberikan kepada Allah mutlak.

Tak ada gunanya mengharap kepada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan, kerana kelak kita akan disesatkannya.

Pengabdian kita kepada Allah akan tercalar.

Berharaplah kepada manusia untuk berbuat sekadar kemampuannya, namun keizinan untuk sesuatu itu terjadi tetap harus dikembalikan urusannya kepada Allah.

Pengharapan yang tidak patut kepada manusia selalu terjadi tanpa kita sedari. Pengharapan yang tidak langsung diikat dengan pengharapan kepada Allah.

Contohnya, selalu kita terlalu mengharap manusia memberikan cinta kepada kita sedangkan Allah yang menumbuhkan cinta dalam hatinya.

Kenapa tidak berdoa sahaja kepada Allah agar mengurniakan rasa cinta tersebut?

Walaupun pengharapan tidak memansuhkan ikhtiar, namun pengharapan yang tepat akan menjadikan ikhtiar kita lebih berkat.

"Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada dia untuk melaksanakan tugas yang aku berikan."

Itulah bentuk pengharapan yang lebih baik. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.

Tuntasnya, hubungan berbentuk horizontal yang tidak diikat dengan hubungan vertical akan menimbulkan kecelaruan dan kegoyahan.

Horizontal saya maksudkan sebagai hubungan sesama manusia, vertical sebagai hubungan dengan pencipta.

Hubungan horizontal yang tidak ada ikatan vertical adalah ibarat sebuah kipas syiling yang berpusing tanpa tergantung pada syiling, putarannya bukan menyejukkan, tapi menghancurkan.

Jauhkanlah diri kita daripada berharap secara keterlaluan kepada manusia sehingga langsung melupakan pengharapan kepada Allah.

Lebih parah kalau manusia yang kita harapkan itu memang tak pernah mengharap kepada Tuhan.

Manusia terbatas kemampuannya sedangkan Allah tak ada istilah tidak mampu bagi-Nya.

Apabila Dia mengatakan jadi, maka jadi.

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." - Al-Insyirah: 7-8

Wallahua'lam.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, November 17, 2011

SALAM AKHIR TAHUN

Selamat bercuti kepada semua asramawan astradse 2011. Selamat menempuh peperiksaan SPM kepada pelajar-pelajar SPM. Selamat kejayaan kepada pelajar-pelajar PMR.

Profil

My photo
ASRAMA PUTERA SMK DATO' SYED ESA, JALAN INDAH, 83007 BATU PAHAT, JOHOR TEL: 07-4341448 (SEK), 07-4331422.