"Aduh,
fail.." .. "Aaaah, rugi, rugi..".. "Gagal
lagi.."
Itulah
antara keluhan yang sering kita dengar apabila apabila kenyataan yang
diharapkan bertukar menjadi malapetaka. Pastinya ketidaksampaian harapan atau
ringkasnya gagal, baik dalam apa jua pekerjaan mahupun sebagai pelajar
mencetuskan pelbagai perasaan.
Kecewa.
Marah. Bengang. Sedih. Putus asa. Paling memeritkan apabila segala wang,
kudrat, masa dilaburkan namun keputusannya bukan memihak kepada kita. Semuanya
terasa segala pelaburan itu bagaikan sia-sia sahaja.
Namun,
apa sebenarnya erti gagal?
Kenapa
ada mereka yang mampu bangun dengan gemilangnya walaupun sebelumnya gagal?
Kenapa
ramai lagi mereka yang gagal, langsung tidak terbangun selepas kejatuhan
mereka?
Kedua-dua
golongan ini gagal dan dilanda keperitan yang amat sangat, namun apakah yang
membezakan dua golongan ini?
Tuah?
Usaha? Kebetulan? Banyak faktor menyumbang kepada kebangkitan semula orang yang
hebat daripada kegagalan.
Antara
faktor yang terbesar bagi mereka ialah takrifan gagal. Mereka menjadi semakin
hebat selepas setiap kegagalan kerana mereka memahami dan melihat makna gagal
lebih hebat daripada orang biasa.
Orang
biasa mentakrifkan kegagalan sebagai ketidaksampaian hasrat dan impian yang
dicitakan.
Hurm,
adakah benar?
Namun,
pentakrifan gagal oleh orang hebat ternyata berlainan dan lebih hebat. Orang
hebat melihat kegagalan sebagai maklum balas tentang perkara yang tidak akan
membawa mereka ke arah kehebatan.
Renung
sejenak kata-kata Thomas Edison yang gagal 1000 kali dalam
mencipta mentol pertama di dunia.
"Saya
bukannya gagal 1000 kali, tetapi saya menemui 1000 cara yang tidak akan
menghasilkan mentol".
Keputusannya?
Terciptalah
mentol lampu pertama di dunia. Jika tidak kerana semangat beliau, mungkin
mentol belum tercipta, dan mungkin kita masih menggunakan lampu minyak tanah
sehingga sekarang.
Setiap
kali ditimpa kegagalan, orang hebat melihatnya sebagai jalan atau tindakan yang
tidak akan membawanya mengecapi impiannya. Justeru, mereka tidak akan
mengulangi perkara dan tindakan yang sama di masa hadapan. Yang betul
diteruskan, yang salah dihindarkan.
Lantaran
itu, mereka semakin bijak mengatur langkah mengorak jalan ke arah kejayaan
dengan hanya melakukan perkara yang betul dan hebat sahaja. Itulah yang
dimaksudkan dengan kegagalan sebagai maklum balas atau "feedback".
Melihat
kegagalan daripada sudut pandang positif menjadi nadi utama kebangkitan orang
hebat. Biarpun terkesan emosinya, kuasa positif nyata lebih dominan untuk
melonjak kembali semangat mereka untuk terus berusaha menggapai impian mereka.
Berbanding
orang biasa yang melihat kegagalan sebagai penamat kepada segala usaha mereka
selama ini. Merasakan segalanya sudah musnah, mereka seakan takut untuk bangun
kembali.
Orang
hebat hanya melihat diri mereka sebagai gagal jika mereka memutuskan untuk
tidak merealisasikan impian mereka. Apapun terjadi, segalanya dijadikan maklum
balas positif, dan tiada apa yang dapat memutuskan mereka dengan impian mereka
kecuali diri mereka sendiri dan takdir Allah S.W.T.
Kegagalan
di tangan anda. Jika anda putuskan sebagai kegagalan, maka anda memang gagal.
Namun, ingatlah, membina impian bukannya mudah.
Rasulullah
S.A.W sekalipun memerlukan tempoh bertahun-tahun untuk membuka kembali Kota
Mekah biarpun dilanda pelbagai ujian dan kekalahan. Usah pernah putus asa
dengan diri sendiri dan rahmat Allah S.W.T. Selamat berjaya dan sukses selalu!
Hustle up and be great!
No comments:
Post a Comment