Tuesday, January 1, 2013

PANGGILAN KEDUA ASRAMAWAN TINGKATAN 4 2013

Berikut adalah keputusan panggilan kedua asrama bagi Tingkatan 4 2013:

1. MUHAMAD NUR AHMAM B SIAM
2. MOHAMAD ALIF B PENAIN
3. MOHAMAD HAZIM B JAMAL
4. MUHAMAD NAIM B KAMARUDIN
5. MUHAMMAD IDZIHAR ZULKAMAL B MAZLAN
6. MOHAMAD AFNAN B AMRAN

TARIKH DAFTAR : 2 JANUARI 2012
MASA                    : 4 PETANG

Friday, December 28, 2012

KEPUTUSAN PANGGILAN PERTAMA ASRAMAWAN TINGKATAN 4 2013

KEPUTUSAN PANGGILAN PERTAMA ASRAMA UNTUK TINGKATAN 4 2013.

  1. MUHAMMAD AIMAN SYAKIR B. MOHD YUSUF
  2. MUHAMMAD AKMAL ARIF B. SOULIHEN
  3. MUHAMMAD ALIF ZAINALDIN
  4. MUHAMMAD FAZLEY B. OMAR
  5. MUHAMMAD FATHULLAH B. RABAN
  6. MUHAMMAD IZZAT FARHAN B. MOHD AYUB
  7. MUHAMMAD AZIM B. AMDAN
TARIKH DAFTAR PADA 1 JAN 2013.
TEMPAT DI DEWAN IBNU KHALDUN ASTRADSE PADA JAM 2.00 PETANG.

Thursday, December 27, 2012

PERUBAHAN TEMPAT PENDAFTARAN KAA DAN ASRAMAWAN TINGKATAN 1 2013

SALAM.

Dimaklumkan tempat pendaftaran KAA dan Asramawan Tingkatan 1 2013 berubah ke DEWAN SEKOLAH SMK Dato' Syed Esa. Masa dan tarikh tidak berubah. Harap maklum. Terima Kasih

- s/u pendaftaran-

Wednesday, December 19, 2012

AHLAN WASAHLAN ASRAMAWAN BARU

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN.

Berikut adalah aturcara pendaftran bagi asramawan dan pelajar KAA tingkatan 1 2013

TEMPAT   :  Dewan Ibnu Khaldun ASTRADSE   DEWAN SEKOLAH SMKDSE
MASA       : 8.30 pagi
TARIKH    : 1 Januari 2013
TAKLIMAT TUAN PENGETUA : 10.00 pagi

Arahan:
1. Sila pastikan anda telah menyediakan dan melengkapkan borang yang dilampirkan.
2. Berpakaian sekolah (Bagi pelajar lelaki - baju putih berlengan panjang, seluar panjang hijau, Pelajar Perempuan- Berbaju kurung putih berkancing lengan, kain biru dan bertudung labuh warna putih).

Friday, December 14, 2012

PENDAFTARAN ASRAMA 2013

SALAM.
Maklumat pendaftaran asrama untuk pelajar tingkatan 2, 3 dan 5 yang berjaya adalah sebagaimana berikut:

TARIKH : 1 JANUARI 2013
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN IBNU KHALDUN, ASTRADSE

Ingatan:
1. Tolong pastikan anda hadir bersama ibu/bapa/penjaga. Satu taklimat akan diberikan oleh Tuan Pengetua pada masa tersebut.  
2. Bawa sekali barang keperluan asrama sebagaimana dinyatakan di blog ini
3. Berambut pendek
4. Tidak membawa pakaian sekolah/asrama/harian yang berfesyen
5. Tidak membawa semua barang-barang terlarang asrama/sekolah
6. Kegagalan anda mendaftar pada tarikh tersebut dianggap tidak berminat dan tempat akan diberikan kepada pelajar baru.

nota:
Maklumat pendaftaran Asramawan Tingkatan 4 akan diberitahu kemudian.

Sunday, December 2, 2012

KEPUTUSAN PERMOHONAN SEMULA ASRAMA 2013

Salam,
Keputusan permohonan semula asrama 2013 boleh disemak dengan 'klik' TAB - SENARAI ASRAMAWAN 2013 di atas. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. -WARDEN-

Tuesday, November 20, 2012

BAGAIMANA HEDAK MENDAPATKAN KEBERKATAN KETIKA BELAJAR


Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?

NAJAH | SRINKANDI MALAM
 Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
 Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

PERMOHONAN SEMULA ASRAMA 2013

Salam.
Permohonan semula astradse 2013 sedang diproses. Keputusan akan diumumkan pada 1 Disember 2012. Terima Kasih. 

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2013


Mari Berehat Dengan Solat


Siapa yang tidak pernah ditimpa masalah dalam hidup? Bahkan hidup ini telah diumpamakan oleh sesetengah ahli falsafah sebagai “tempat untuk menyelesaikan masalah”. Justeru, apabila berdepan dengan masalah, segeralah dapatkan kekuatan, kebijaksanaan dan kesabaran untuk menyelesaikannya. Bagaimana? Ya, dengan mengadu kepada Allah yang “memberi” masalah itu!

Ketika itu, jangan hanya dilihat “sebab” tetapi lihatlah pada “penyebab” segala sebab. Insya-Allah, jika kita mengadu dan merayu kepada Allah, Allah pasti akan mendengar dan memberi jalan penyelesaiannya.

Sama ada semua masalah kita akan diselesaikan-Nya ataupun Allah akan menjadikan hati kita tabah dan gagah untuk menghadapinya. Dengan kekuatan itu kita tidak akan terus mengutuk kegelapan, tetapi kita akan terus berusaha mencari cahaya. Kita tidak akan berterusan mengharapkan ikan, tetapi kita akan berusaha sedaya upaya memiliki jorannya!

Ingatlah, apabila Rasulullah s.a.w. menyuruh Sayidina Bilal r.a. mengumandangkan azan, Baginda akan berkata: “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat.” (Riwayat Ahmad)

Menerusi permintaan itu, Rasulullah menegaskan bahawa solat sebenarnya memberi suatu kerehatan bagi orang yang mendirikannya. Diriwayatkan daripada Sayidina Huzaifah: “Apabila Rasulullah mengalami suatu kesulitan, Baginda akan segera mengerjakan solat.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Tindakan Rasulullah ini selaras dengan anjuran Allah yang bermaksud: “Dan pintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.” (Surah al-Baqarah 2: 45)

Tentu sahaja dalam solat itu, Rasulullah menemui ketenangan dan kekuatan. Bayangkan, betapa kukuh dan teguhnya jiwa Rasulullah. Baginda dibantu oleh wahyu dan diperkuatkan oleh mukjizat, namun Baginda masih mencari kekuatan dengan solat. Lalu siapakah diri kita yang begitu lemah, tetapi terus angkuh daripada mendapat bantuan Allah menerusi solat?

petikan: http://genta-rasa.com/2012/11/09/2304/#more-2304

Friday, December 23, 2011

RENUNGAN


"Aduh, fail.." .. "Aaaah, rugi, rugi..".. "Gagal lagi.."
Itulah antara keluhan yang sering kita dengar apabila apabila kenyataan yang diharapkan bertukar menjadi malapetaka. Pastinya ketidaksampaian harapan atau ringkasnya gagal, baik dalam apa jua pekerjaan mahupun sebagai pelajar mencetuskan pelbagai perasaan.
Kecewa. Marah. Bengang. Sedih. Putus asa. Paling memeritkan apabila segala wang, kudrat, masa dilaburkan namun keputusannya bukan memihak kepada kita. Semuanya terasa segala pelaburan itu bagaikan sia-sia sahaja.
Namun, apa sebenarnya erti gagal?
Kenapa ada mereka yang mampu bangun dengan gemilangnya walaupun sebelumnya gagal?
Kenapa ramai lagi mereka yang gagal, langsung tidak terbangun selepas kejatuhan mereka?
Kedua-dua golongan ini gagal dan dilanda keperitan yang amat sangat, namun apakah yang membezakan dua golongan ini?
Tuah? Usaha? Kebetulan? Banyak faktor menyumbang kepada kebangkitan semula orang yang hebat daripada kegagalan.
Antara faktor yang terbesar bagi mereka ialah takrifan gagal. Mereka menjadi semakin hebat selepas setiap kegagalan kerana mereka memahami dan melihat makna gagal lebih hebat daripada orang biasa.
Orang biasa mentakrifkan kegagalan sebagai ketidaksampaian hasrat dan impian yang dicitakan.
Hurm, adakah benar?
Namun, pentakrifan gagal oleh orang hebat ternyata berlainan dan lebih hebat. Orang hebat melihat kegagalan sebagai maklum balas tentang perkara yang tidak akan membawa mereka ke arah kehebatan.
Renung sejenak kata-kata Thomas Edison yang gagal 1000 kali dalam mencipta mentol pertama di dunia.
"Saya bukannya gagal 1000 kali, tetapi saya menemui 1000 cara yang tidak akan menghasilkan mentol".
Keputusannya?
Terciptalah mentol lampu pertama di dunia. Jika tidak kerana semangat beliau, mungkin mentol belum tercipta, dan mungkin kita masih menggunakan lampu minyak tanah sehingga sekarang.
Setiap kali ditimpa kegagalan, orang hebat melihatnya sebagai jalan atau tindakan yang tidak akan membawanya mengecapi impiannya. Justeru, mereka tidak akan mengulangi perkara dan tindakan yang sama di masa hadapan. Yang betul diteruskan, yang salah dihindarkan.
Lantaran itu, mereka semakin bijak mengatur langkah mengorak jalan ke arah kejayaan dengan hanya melakukan perkara yang betul dan hebat sahaja. Itulah yang dimaksudkan dengan kegagalan sebagai maklum balas atau "feedback".
Melihat kegagalan daripada sudut pandang positif menjadi nadi utama kebangkitan orang hebat. Biarpun terkesan emosinya, kuasa positif nyata lebih dominan untuk melonjak kembali semangat mereka untuk terus berusaha menggapai impian mereka.
Berbanding orang biasa yang melihat kegagalan sebagai penamat kepada segala usaha mereka selama ini. Merasakan segalanya sudah musnah, mereka seakan takut untuk bangun kembali.
Orang hebat hanya melihat diri mereka sebagai gagal jika mereka memutuskan untuk tidak merealisasikan impian mereka. Apapun terjadi, segalanya dijadikan maklum balas positif, dan tiada apa yang dapat memutuskan mereka dengan impian mereka kecuali diri mereka sendiri dan takdir Allah S.W.T.
Kegagalan di tangan anda. Jika anda putuskan sebagai kegagalan, maka anda memang gagal. Namun, ingatlah, membina impian bukannya mudah.
Rasulullah S.A.W sekalipun memerlukan tempoh bertahun-tahun untuk membuka kembali Kota Mekah biarpun dilanda pelbagai ujian dan kekalahan. Usah pernah putus asa dengan diri sendiri dan rahmat Allah S.W.T. Selamat berjaya dan sukses selalu!
Hustle up and be great!

TAHNIAH

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ASRAMAWAN YANG TELAH MENDAPAT MENDAPAT KEPUTUSAN PMR 2011. SESUNGGUHNYA ANDA TELAH MENCIPTA SATU SEJARAH BUAT DIRI ANDA. SYABAS DAN TERUSKAN USAHA.

Friday, December 16, 2011

SELAMAT DATANG ASRAMAWAN BARU

Perhatian kepada semua asramawan baru sila ambil tindakan yang sewajarnya setelah anda menerima surat dan borang asrama. Berikut adalah tarikh dan masa pendaftaran

TARIKH: 3 JANUARI 2012
MASA: 8.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN MAKAN ASRAMA

Diingatkan kepada semua pelajar untuk memeakai uniform sekolah semasa hari pendaftaran. Sebarang masalah sila rujuk pada pihak sekolah dengan segera.

PENGUMUMAN 2

Sila rujuk pada tab KEPUTUSAN PERMOHONAN ASRAMA 2012 untuk penempatan semula asramawan. Tahniah diucapkan! berikut adalah aturcara pendaftaran pelajar kanan (pelajar asrama lama) 2012

TARIKH: 2 JANUARI 2012
MASA: 3-4 PETANG
TAKLIMAT: 4 PETANG (bersama ibu/bapa/penjaga)
TEMPAT: DEWAN MAKAN ASRAMA
PAKAIAN: T shirt rasmi asrama lengkap

Diingatkan kepada semua asramawan agar menepati masa yang ditetapkan. Kerjasama semua adalah diharapkan untuk kelancaran majlis.

Nota:
Semua pengawas pelapis diminta hadir pada waktu yang sama.

Monday, December 5, 2011

PENGUMUMAN 1

Sila rujuk tab "KEPERLUAN ASRAMA 2012" untuk barang keperluan asramawan tahun 2012. Diingatkan agar semua asramawan menyediakan senarai barang sepeti yang ditetapkan untuk urusan penginapan pada tahun hadapan. Asramawan tidak dibenarkan membawa barang-barang lain selain yang dinyatakan.

Tuesday, November 29, 2011

PERMOHONAN SEMULA ASRAMA

Salam...
Permohonan semula asrama sedang diproses. Keputusan akan diumumkan sebelum 20 Disember 2011.

HATI-HATI KETIKA MENGHARAP

"Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan?"

Pengharapan adalah sesuatu yang dapat memberikan kekuatan.


Walaupun kita berada dalam suatu kesusahan yang sangat berat, pengharapan akan memberikan kesegaran kepada iman untuk sentiasa bertahan.

Kita percaya bahawa masih ada jalan keluar kepada permasalahan.

Kita percaya bahawa pasti ada pertolongan.

Namun, pada siapa harus kita berikan pengharapan tersebut? Adakah pada makhluk seperti kita yang juga tak punya untuk memberi?

Atau pada Tuhan yang sentiasa menanti untuk diseru nama-Nya pagi dan petang? Bahkan Dialah yang memenuhi segala permintaan.

Seringkali kita meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia untuk dipenuhi.

Padahal orang yang kita harapkan tersebut tak berdaya untuk memenuhi harapan dirinya sendiri.

Adalah lebih bahaya kalau orang yang kita harapkan sebenarnya tak pernah mengharap kepada Tuhan sekalian alam.

Dia menggantungkan kepercayaan kepada dirinya semata-mata tanpa sedikitpun merasa terikat dengan ketentuan Allah.

Jika orang sebegini yang kita harapkan, adakah dia akan membawa kita mendekati Tuhan?

Harapan tak tertunai, bahkan iman terungkai-rungkai ikatannya.

"Jangan risau, kalau aku ada, mesti ok punya semua benda."

"Hanya aku seorang yang boleh diharapkan."

Kata-kata sombong apakah itu? Seolah-olah dirinya adalah Tuhan yang menentukan segala keadaan.

Tanpa dia, mungkin keadaan menjadi kurang baik. Namun, dengan dia, adakah keadaan semestinya baik tanpa izin Tuhan?

Jika ada orang yang kita harapkan mengatakan begitu, berhati-hatilah, boleh jadi kita sedang mengharap pada yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan.

Bukan tidak boleh kita percaya diri, meletakkan harapan kepada manusia.

Namun, cukuplah harapan itu setakat yang patut.

Jangan sampai harapan itu melangkaui harapan tertinggi yang seharusnya diberikan kepada Allah mutlak.

Tak ada gunanya mengharap kepada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan, kerana kelak kita akan disesatkannya.

Pengabdian kita kepada Allah akan tercalar.

Berharaplah kepada manusia untuk berbuat sekadar kemampuannya, namun keizinan untuk sesuatu itu terjadi tetap harus dikembalikan urusannya kepada Allah.

Pengharapan yang tidak patut kepada manusia selalu terjadi tanpa kita sedari. Pengharapan yang tidak langsung diikat dengan pengharapan kepada Allah.

Contohnya, selalu kita terlalu mengharap manusia memberikan cinta kepada kita sedangkan Allah yang menumbuhkan cinta dalam hatinya.

Kenapa tidak berdoa sahaja kepada Allah agar mengurniakan rasa cinta tersebut?

Walaupun pengharapan tidak memansuhkan ikhtiar, namun pengharapan yang tepat akan menjadikan ikhtiar kita lebih berkat.

"Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada dia untuk melaksanakan tugas yang aku berikan."

Itulah bentuk pengharapan yang lebih baik. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.

Tuntasnya, hubungan berbentuk horizontal yang tidak diikat dengan hubungan vertical akan menimbulkan kecelaruan dan kegoyahan.

Horizontal saya maksudkan sebagai hubungan sesama manusia, vertical sebagai hubungan dengan pencipta.

Hubungan horizontal yang tidak ada ikatan vertical adalah ibarat sebuah kipas syiling yang berpusing tanpa tergantung pada syiling, putarannya bukan menyejukkan, tapi menghancurkan.

Jauhkanlah diri kita daripada berharap secara keterlaluan kepada manusia sehingga langsung melupakan pengharapan kepada Allah.

Lebih parah kalau manusia yang kita harapkan itu memang tak pernah mengharap kepada Tuhan.

Manusia terbatas kemampuannya sedangkan Allah tak ada istilah tidak mampu bagi-Nya.

Apabila Dia mengatakan jadi, maka jadi.

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." - Al-Insyirah: 7-8

Wallahua'lam.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, November 17, 2011

SALAM AKHIR TAHUN

Selamat bercuti kepada semua asramawan astradse 2011. Selamat menempuh peperiksaan SPM kepada pelajar-pelajar SPM. Selamat kejayaan kepada pelajar-pelajar PMR.

Thursday, December 9, 2010

PERMOHONAN SEMULA ASRAMA

Surat telah dipos... Selamat Berjaya...

Profil

My photo
ASRAMA PUTERA SMK DATO' SYED ESA, JALAN INDAH, 83007 BATU PAHAT, JOHOR TEL: 07-4341448 (SEK), 07-4331422.